HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Make-up? Skin care? Supplemen?

Assalamualaikum & Hi

Entry kali ni nak cerita sikit pasal topik yang paling digemari wanita..maybe bukan semua tetapi kebanyakkannya akan pasti suka...Di antara make-up, skin care & supplemen semua ni memainkan peranan yang penting dalam kehidupan wanita. Kerana apa? Kerana semua kategori ini dapat memastikan kesihatan & kecantikkan wajah seseorang wanita itu kelihatan berseri dan bertenaga sepanjang hari. Dalam hal ini, Ana sudah semestinya mengamalkan ketiga-tiga di atas kerana kombinasi ketiga-tiga ini akan menyempurnakan aspek dalaman & luaran Ana. 

Ada yang akan kata, tak perlu lah ambil segala macam supplement yang ada dekat pasaran tuu...bukannya bagus dan menjamin kesihatan yang baik...No!no!no! Typical perception macam ni la yang kita selalu dengar orang cakap kan..Which yang sebenarnya Ana rasa is totally salah...Kenapa?? Kerana sejauh mana yang tau kita menjalani gaya hidup yang sihat setiap hari?

1. Ada amalkan 3-4 kali senaman setiap minggu? Jogging, Zumba, Yoga, Pilates etc.

2. Ada mengambil sayur-sayuran, buah-buahan, protein etc dengan kadar yang mencukupi? 

3. Ada minum air mineral dengan kuantiti yang cukup mengikut keperluan badan setiap hari? 


Ni lah antara soalan yang kita perlu tanya diri sendiri dahulu sebelum menilai sesuatu perkara terutamanya yang melibatkan kesihatan dalaman diri kita. Kalau tanya Ana, Ana sendiri akan kata tak pernah lengkap diamalkan kesemuanya diatas kerana kekangan yang tertentu iaitu dari segi masa. Balik kerja akan penat dan tak sempat berzumba, jadi weekend je la waktu yang sesuai untuk buat semua tu...So..ianya amat penting untuk kita muhasabah diri dan recall balik apa sebenarnya keperluan badan kita supaya kekal sihat dan bertenaga sentiasa kerana ianya akan memberi kesan kepada keyakinan kita sepanjang hari. Contoh supplemen yang Ana sendiri amalkan akan Ana share di entry akan datang. 

                             Image result for kenapa supplement penting

Dr Norman, seorang pengamal perubatan sendiri dah membuat kajian & mengesahkan yang di zaman moden ini tidak cukup untuk kita mengekalkan kesihatan yang baik dengan mengambil makanan seimbang & berkhasiat sahaja. Melalui kajian saintifik, dengan mengamalkan supplemen, kita dapat memperoleh kesihatan yang lebih baik & mencegah penyakit-penyakit kronik. Seperti yang kita sedia maklum zaman sekarang ni orang selalu berkata banyak penyakit, kuman, virus yang kita tidak nampak dengan mata kasar. Memang sangat tepat kerana Ana sendiri & keluarga pernah mengalaminya Jadi, janganlah biarkan sakit baru nak mencari jalan penyelesaiannya. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI