HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Tips untuk kekal yakin menjalani interview!

Ada ke yang tak nervous bila berada dalam situasi di atas ni?? hehe

Assalamualikum & Hi

Sebelum nak start cerita sebenarnya sebelum ni memang dah ada blog, tapi dah delete due to ada azam baru kali ni..hehe..So, entri kali ni nak cerita sikit tips atau nasihat yang boleh di ambil kira untuk menjalani sesi interview. Sebelum ni Ana dah pernah undergo pelbagai jenis interview dari interview untuk sambung belajar sampailah ke interview untuk dapatkan kerja..Interview kerja tu pula daripada level assistant, management trainee,executive,cikgu hinggalah ke pensyarah. Kerja pula apply dalam pelbagai background industri. Ada dalam industri pharmaceutical, IT, automotive, insurans, bank, education dan lain-lain. Nak kata banyak sangat pengalaman tu takde la tapi boleh la share skit-sikit dengan adik-adik yang baru atau sedang mencari pekerjaan. 

Mungkin sekarang ada yang masih confuse, nak sambung belajar ke nak kerja makan gaji ke nak buat bisnes sendiri ke atau nak buat bisnes dengan hanya perlu duduk dirumah?? Haaa..Yang last sekali ni impian dan cita-citaku hehe..InshaAllah, I believe I can do it! 

Ok, ada beberapa tips untuk pastikan kita kekal yakin dalam menjalani sesi interview:

Kenalpasti apply untuk jawatan apa dan di dalam industri apa sekalipun

Bagi Ana, sangat penting lah untuk kita tau apa jenis jawatan yang kita apply dan di dalam bidang apa sekalipun. Contohnya, apply bagi jawatan Human Resource Executive, beria study pasal job scope seorang HR exec tapi soalan yang ditanya oleh interviewer berbentuk begini...
         
" How you yourself can contribute as a HR personnel in the Manufacturing industry in Malaysia?

"How would you attract those high performing accountants to join our organisation?"

What are the most suitable method to search for the best candidate particularly engineers in building the Project A that I have explained just now?

Soalan macam ni lah yang selalunya akan ditanya lebih lagi berkaitan dengan jawatan yang kita mohon tu. Please! study lebih sikit pasal jawatan yang kita minta tu k..jangan malas..sebabnya, peluang kita akan jadi tipis kalau kita telah memberi sedikit bad impression kepada mereka. Mereka juga akan impressive kalau kita boleh menerangkan latar belakang syarikat dan servis/ produk syarikat tersebut. Ini kerana mereka akan rasa yang kita ada effort dan betul-betul inginkan jawatan ni. 

Penampilan

Ni salah satu point penting yang selalu kita dengar betapa pentingnya penampilan dalam menjalani sesi interview. Pakaian formal is always the best choice in whatever post you are applying for,remember!

Jangan pula kata,alaaaa..saya apply untuk jawatan graphic designer, kenalah artistic,funky,trendy & hipsturrr...oh nooooo, tidak sama sekali k! For girls, boleh mengenakan pakaian formal kemeja serta seluar slack jika environemnt korporat. Ana biasa mengenakannya sekali dengan blazer menampakkan kekemasan. Ada juga yang memilih baju kurung sebagai pakaian formal untuk interview. Bagi Ana, kita kenalah tengok environment serta serba sedikit latar belakang syarikat yang kita bakal pergi tu. Ana pernah menghadiri interview mengenakan baju kurung kerana culture mereka disana islamik dan mereka prefer candidate berpakaian sopan. For guys pula, kemeja dan seluar slack hitam adalah yang terbaik menampakkan kekemasan. Tapi jangan pula semua kemas, tiba-tiba tengok bawah...pakai kasut sukan pulak..adoiii..hahahaha..

Usaha, doa & tawakal!

Ini ditujukan kepada mereka yang telah berusaha bagi mendapatkan tempat didalam mana-mana sesi interview ya. Ingat ya, dapat peluang untuk interview tu juga merupakan satu rezeki Allah dimana kalau kita gagal, kita masih boleh mencuba kerana kita sudah ada pengalaman yang lepas. Jangan lupa berdoa agar sentiasa dirahmati serta dimurahkan rezeki kerana niat mencari pekerjaan hanya ada satu iaitu kerana Allah :)  

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya..sebab interview ni macam-macam jenis..ada yang one to one, group interviews, phone interviews dan banyak lagi..Ana pernah experience semua ni dan ianya amatlah mencabar tapi akan dikongsikan pengalaman tu dan tips untuk kekal yakin & motivated sepanjang mendapatkan pekerjaan..nanti kita continue k!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI