HOME ABOUT PRODUK HARGA DAFTAR CONTACT

Rumah Selangorku

Assalamualaikum & Hi


Mesti ada yang nak tau macam mana proses untuk dapatkan rumah Selangorku ni kan. Sebenarnya tak susah pun kalau kita rajin search & apply. Fara apply Mac 2017. Result dapat dalam July 2017, cepat jugak kan? Apply rumah PR1MA tak kunjung tiba dah 3 tahun menunggu. Ambil je la apa yang kita berjaya dapat. Bersyukur dengan apa yang dapat sebab nak dapat rumah baru tak kisah lah apartment or landed dengan harga bawah RM200,000 bukan mudah. Unless kalau korang prefer seconghand house or rumah lelong ok la..sangat banyak dekat market. Kena rajin seearch aje..RUMAWIP pun agak cepat keputusan dia..Dan kalau korang dah ada duit booking sebenarnya sesiapa pun boleh apply tau yang penting meet syarat mereka dan loan pastikan boleh lepas.

So, boleh tengok syarat-syarat untuk apply untuk rumah Selangorku di bawah ni ya:
1. Perlu daftar online di [http://lphs.selangor.gov.my]
2. Warganegara berusia 18 tahun keatas
3. Pendapatan:


 -------------- > Jenis A: Bawah RM3,000 sebulan
 --------------->  Jenis B, C dan D: Bawah RM10,000 sebulan

4. Pemohon tidak mempunyai rumah di negeri Selangor
5. Rumah untuk DI DIAMI SAHAJA ya dan bukan untuk DISEWA
6. Pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun


Ni antara contoh projek-projek di bawah Rumah Selangorku :

Pangsapuri (Jenis A) @ Hulu Langat
RM42,000


Apartment (Jenis B) @ Petaling
RM100,000

Apartment (Jenis C) @ Setia Alam
RM170,000

Villa Kesuma (Townhouse Jenis D) 
@ Bandar Tasik Kesuma, Hulu Langat
RM250,000

Sebarang persoalan boleh refer website lphs ni ya:


Semoga Berjaya! ✌


1 comment:

  1. Assalam sis nak tanya, jika saya apply rumah jenis dekat jade hills, tiba-tiba takde kekosongan, ada tak kemungkinan pihak lphs offer dari developer dan projek yang berbeza?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

ALL RIGHT RESERVED|THIS BLOG IS DESIGN BY RRAI